Saturday, November 14, 2009


Salam...

Kedua-dua mata amat berat sekali namun idea terlampau mampat minta dilakarkan dalam tesis. Take 5 sebentar...

Esok akan menemani Sofea ke Majlis Ikhtifal tadikanya. Dibuat di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan. Penat berpusing petang tadi mencari lokasi. Orang kampung masuk bandar begitulah... tercari-cari alhamdulilah jumpa.

Mungkin bawa Aser sahaja. Adi & Afi akan dijaga oleh Dila kat rumah...Hahaha... kena jadi bibik kejap adik sorang tu.

Baju dah diletakkan meja tinggal nak diseterika... Hmmm mengapalah seterika tu tidak boleh bergerak sendiri kan seronok kalau boleh... ?!!!1

Gambar ni diambil ketika hari keluarga Bahagian Pendidikan JAIJ di Selesa Resort Port Dickson. Hidris yang bawa mereka bertiga pusing resort...emaknya? Apa lagi kat bilik je la melayan Afi.

Semoga esok cuaca baik...Amin!

No comments:

Post a Comment