Friday, November 13, 2009

Bertemu semula...

Salam...

Dah lama blog ini tidak dikemaskini... saya terlupa yang saya ada blog! Betapa sibuknya hidup saya selama 4 tahun ini. Sekarang, keluarga saya semakin besar, saya telah mempunyai 4 orang anak. Terkini baru berusia 2 bulan setengah.

Saya bercuti belajar selama dua tahun ambil sarjana dan kini di akhir pengajian. Penat lelah hendak menyiapkan tesis yang perlu dihantar di penghujung bulan Disember. Suami saya sibuk di Mersing manakala saya dan anak-anak tinggal di Ampang, Kuala Lumpur sehingga penghujung tahun. Selepas ini kami akan balik ke Johor semula.

No comments:

Post a Comment