Wednesday, September 14, 2011

3 months...

3 bulan tidak 'update' blog ni. Thanks to Munira (my 5ST's student) who reminded me that I've a blog. Kesibukan kerja dan keletah anak-anak membataskan masa saya untuk mengadap komputer dalam jangkamasa yang lama. Malam ini, setelah 15 hari berada dalam bulan Syawal, saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit ingatan buat diri ini yang sentiasa alpa dan sesiapa yang sudi melayari blong saya ini.

Sebuah kisah yang menarik minat saya...(saya baca dari sebuah majalah... aduh! lupa pula nama majalah tu)

Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang banyak bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Baginya ia adalah sekadar 'suka-suka' saja tetapi bagi penduduk kampungnya sifat itu amat menjengkilkan lebih-lebih lagi jika ia menyentuh hal keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada rakan-rakannya "Kau rasa betul ke neraka itu tempa seksa yang palingdahsyat?" "Memang dahsyat. Sangat panas. Kenapa kau tanya?" "Syaitan dibuat daripada apa ye?" tanyanya lagi. "Eh! Tentulah daripada api!" "Neraka pula?" "Tentulah daripada api." "Itulah yang aku musykil. Syaitan akan dimasukkan dalam neraka walhal diakan api. Jadi, taklah rasa seksaan api tu." simpul lelaki tadi sambil mencemikkan muka.

Rakan-rakan yang mendengar berfikir dan terlintas di hati mereka akan kebenarannya. Salah seorang daripada mereka mengajak untuk bertanyakan hal ini kepada Tok Imam. Pemuda tadi tersenyum sinis seraya berkata "Ahh! Tok Imam pun tak akan dapat jawab punya!".

Di halaman rumah Tok Imam, mereka bertanya akan persoalan yang bermain di fikiran mereka. Sejurus selepas pertanyaan itu, Tok Imam menundukkan dirinya dan mengambil beberapa ketul tanah dan terus membaling tanah itu kepada pemuda tadi. Tok Imam terus membaling ke muka dan badan pemuda itu sehinggalah bengkak-bengkak. Terkejut dan tidak tahan dengan rasa sakit dia pun lari.

"Jangan lari! Jangan lari!" jerit Imam. Pemuda tadi merengus kasar sambil menyapu-nyapu badannya. "Begini layanan Tok Imam! Saya bertanya, sebaliknya dibaling dengan tanah." "Itulah jawapan saya. Saya baling tanah kepada kamu sepatutnya tidak sakit sebab kamu dicipta daripada tanah." "Oh, sakit betul Tok. Habis bengkak-bengkak badan saya." Tok Imam tersenyum. "Itulah yang akan terjadi kepada syaitan dalam api neraka nanti." "Ya, ya, saya faham. Jangan baling lagi."

Moral of the story: Sekali-sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekadang jawapan perlu diberikan dalam bentuk tindakan... walaupun ianya pahit untuk ditelan tetapi ia amat berkesan.

Sebagai seorang guru, untuk membawa perubahan memerlukan kepada pengamatan yang tinggi terhadap murid-muridnya. Tidak semua murid boleh diubah dengan kata-kata manis dan tidak semua juga boleh berubah setelah dikenakan tindakan yang keras. Berhati-hatilah dan amatilah tingkah laku murid agar guru tidak tersilap mengenakan hukuman.

Cheerio!