Sunday, October 07, 2012

PMR 2012

Salam.

9 Oktober 2012. Selasa depan bermulalah PMR bagi tahun ini. Harapan saya agar anak-anak didik saya dapat melaluinya dengan tenang dan menjawab dengan baik. Pesan cikgu agar sentiasa ingat Allah dan Rasul tak kira di mana anda berada dan dalam keadaan apa sekali pun. Semoga berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Minggu lepas satu pemantauan oleh pihak JPNJ (Sektor Pendidikan Islam dan Moral) terhadap matapelajaran Pend Islam dan Tasawwur Islam SPM. Peningkatan terhadap dua subjek ini di sekolah agak sedikit. Pelbagai perkara diterangkan dan cikgu akan sedaya-upaya memastikan anak-anak didil cikgu akan lebih meningkat keputusannya. Sedar tak sedar kita cuma ada 4 minggu sebelum SPM. Lelah juga cikgu taip semangat tidak pudar jika anak-anak didik cikgu bersemangat untuk belajar. Never say die before you try.

Jika ada masalah... boleh emel cikgu. Tak kiralah masalah apa pun...jika mampu cikgu akan cuba memberikan pilihan penyelesaian. Tak pun cukup menjadi seorang pendengar yang setia...