Wednesday, September 14, 2011

3 months...

3 bulan tidak 'update' blog ni. Thanks to Munira (my 5ST's student) who reminded me that I've a blog. Kesibukan kerja dan keletah anak-anak membataskan masa saya untuk mengadap komputer dalam jangkamasa yang lama. Malam ini, setelah 15 hari berada dalam bulan Syawal, saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit ingatan buat diri ini yang sentiasa alpa dan sesiapa yang sudi melayari blong saya ini.

Sebuah kisah yang menarik minat saya...(saya baca dari sebuah majalah... aduh! lupa pula nama majalah tu)

Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang banyak bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Baginya ia adalah sekadar 'suka-suka' saja tetapi bagi penduduk kampungnya sifat itu amat menjengkilkan lebih-lebih lagi jika ia menyentuh hal keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada rakan-rakannya "Kau rasa betul ke neraka itu tempa seksa yang palingdahsyat?" "Memang dahsyat. Sangat panas. Kenapa kau tanya?" "Syaitan dibuat daripada apa ye?" tanyanya lagi. "Eh! Tentulah daripada api!" "Neraka pula?" "Tentulah daripada api." "Itulah yang aku musykil. Syaitan akan dimasukkan dalam neraka walhal diakan api. Jadi, taklah rasa seksaan api tu." simpul lelaki tadi sambil mencemikkan muka.

Rakan-rakan yang mendengar berfikir dan terlintas di hati mereka akan kebenarannya. Salah seorang daripada mereka mengajak untuk bertanyakan hal ini kepada Tok Imam. Pemuda tadi tersenyum sinis seraya berkata "Ahh! Tok Imam pun tak akan dapat jawab punya!".

Di halaman rumah Tok Imam, mereka bertanya akan persoalan yang bermain di fikiran mereka. Sejurus selepas pertanyaan itu, Tok Imam menundukkan dirinya dan mengambil beberapa ketul tanah dan terus membaling tanah itu kepada pemuda tadi. Tok Imam terus membaling ke muka dan badan pemuda itu sehinggalah bengkak-bengkak. Terkejut dan tidak tahan dengan rasa sakit dia pun lari.

"Jangan lari! Jangan lari!" jerit Imam. Pemuda tadi merengus kasar sambil menyapu-nyapu badannya. "Begini layanan Tok Imam! Saya bertanya, sebaliknya dibaling dengan tanah." "Itulah jawapan saya. Saya baling tanah kepada kamu sepatutnya tidak sakit sebab kamu dicipta daripada tanah." "Oh, sakit betul Tok. Habis bengkak-bengkak badan saya." Tok Imam tersenyum. "Itulah yang akan terjadi kepada syaitan dalam api neraka nanti." "Ya, ya, saya faham. Jangan baling lagi."

Moral of the story: Sekali-sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekadang jawapan perlu diberikan dalam bentuk tindakan... walaupun ianya pahit untuk ditelan tetapi ia amat berkesan.

Sebagai seorang guru, untuk membawa perubahan memerlukan kepada pengamatan yang tinggi terhadap murid-muridnya. Tidak semua murid boleh diubah dengan kata-kata manis dan tidak semua juga boleh berubah setelah dikenakan tindakan yang keras. Berhati-hatilah dan amatilah tingkah laku murid agar guru tidak tersilap mengenakan hukuman.

Cheerio!

Sunday, June 05, 2011

Wah... dah lamanya.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog sendiri. Terlalu sibuk. Lagipun diri saya ni boleh dikatakan bukan orang yang 'gila' surfing. Sekarang dah bulan Jun. Empat bulan juga ya. Adik bongsu saya menggesa untuk sentiasa update blog.

Hmmm.... sekarang ni cuti sekolah. 2 minggu saja. Seminggu dah berlalu. Berbaki seminggu lagi. Saya belum bawa anak-anak berjalan-jalan lagi lantaran suami yang sukar nak ambil cuti. Rutin cuti setakat ini, kemas rumah, tanda kertas peperiksaan pelajar dan waktu petang bawa anak-anak main kat pantai. Alhamdulillah rumah dekat dengan laut. Klu kat bandar stress juga.

Tak balik Melaka lagi kerana ayah ke Turki. Makan angin di sana selama 10 hari. Suami kata nak bawa kami balik Perak. Dah lama tak jumpa opah. Ada dekat 4 tahun kot. Nak jumpakan cicitnya yang terbaru. Hujung tahun ni dapat yang latest lagi.

Hari ni dah settle kerja yang rutin. Malam ni nak kemaskan laci baju anak-anak. Pergh!! Penat melipat baju. 2 hari lepas bukak katil n buang kayu-kayunya sebab kena serangan anai-anai. Tunsen betol!

Anak dah bangun dari qailulahnya. Kena layan dia... see ya!

Wednesday, February 02, 2011

Menerima dengan Redha.

Kucar-kacirnya situasi politik di Mesir memberikan saya rasa kegusaran lantaran usia dunia ini semakin hari semakin pendek. Timbul pelbagai persoalan di benak, adakah aku telah beramal dengan secukupnya? Bagaimana dengan tanggungjawabku? Masihkah aku berhutang? dan pelbagai lagi. Namun, apa yang pasti Allah Maha Pengasih. Setiap musibah yang melanda adalah satu ingatan kasih daripadaNya agar kita sentiasa ingat dan kembali semula kepadaNya.

Nama Abu Tufail Ubay bin Ka'ab bin Qis bin 'Ubaid al-Anshari al-Khazraji menjadi ilham untuk aku mencoretkan kata hari ini. Beliau seorang insan hebat. Digelar pemimpin para pembaca al-Quran (Sayyid al-Qurra'). Kebanyakan waktu hidupnya dihabiskan dengan berfikir dan berinteraksi dengan alam. Beliau insan soleh dan bertakwa.

Pernah beliau bertanyakan kepada Rasulullah SAW akan penyakit yang menimpa seseorang. Lalu Rasulullah SAW bersabda "Ia adalah kaffarah (penghapusan ) dosa seseorang itu". Mendengar penjelasan itu, Abu Tufail telah memohon daripada Allah Taala agar dia diberi penyakit supaya terhapus dosa-dosanya. Permohonan beliau dimakbulkan. Beliau demam berpanjangan sehingga ke akhir hidupnya.

Justeru, kita seharusnya sentiasa redha dan bermuhasabah diri dengan  apa yang ditimpakan kepada kita sama ada kesakitan, peperangan, bencana alam dan sebagainya. Anggaplah ia sebagai ingatan dan penghapusan dosa kita di dunia. Janganlah kita mencerca kesakitan kerana ianya datang dari Tuhan. Hendaklah kita kembali mengingati Allah, melakukan setiap suruhan dan menjauhi setiap laranganNya. Semoga Allah mengampunkan kita. AMIN!!!

Tuesday, January 04, 2011

Keberkatan Allah Sentiasa Bersama Kalian!

Salam 2011.

4 hari telah berlalu. Adakah anda masih tiada azam? Jika tiada fikirkanlah satu, azam baru atau azam tahun lepas yang masih tidak terlaksana. Bagi saya azam pada tahun ini  "sentiasa mengikhlaskan diri dalam mendidik anak-anak generasi akan datang". Azam ini sentiasa saya ulangi dari tahun ke tahun sementelaah diri ini terasa masih kurang sempurna.

Sepatutnya saya dah masuk kerja pada 3 Januari lalu tetapi saya dapat cuti sakit selama 14 hari ekoran pembedahan yang telah saya lalui. Luka pembedahan masih dalam proses penyembuhan. Adakalanya terasa ngilu, adakalanya ok. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sekarang, saya cuma hendak melihat kesan pembedahan dan melaporkan kepada doktor saya apabila tiba time appointment nanti.

Anak-anak yang bakal saya ajari, well, siapkan diri anda dan maafkan cikgu sebab lambat 2 minggu. SELAMAT TAHUN BARU DAN CHAIYOK!