Thursday, November 22, 2012

Update Diri!

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini telah ditetapkan dengan matlamat hidup iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini. Tugas seorang kkhalifah jatuh kepada setiap aak Adam. Allah Taala telah menyerahkan satu tanggungjawab yang besar terhadap manusia iaitu mentadbir dan mengurus bumi ini dengan sebaiknya. Ini bukannya satu tugas yang digalas oleh seorang pemimpin sahaja tetapi semua manusia.

Ironinya, manusia tetap mengambil mudah terhadap tugasan ini. Ini menyebabkan dalam kalangan manusia itu sendiri kurang menitik-beratkan kefarduan menuntut ilmu agama. Nah, ibu bapa sekarang lebih berbangga jika anaknya memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang sains, matematik dan sebagainya walaupun anaknya itu tidak mahir mengaji al-Quran. Bagi memastikan anaknya cemerlang akademik sebahagian ibu bapa sanggup memberhentikan pembelajaran anaknya dalam keagamaan. Sememangnya ilmu akademik itu penting juga merupakan kefarduan terhadap umat Islam namun kita lupa atau mungkin sengaja melupakan bahawaianya hanya fardu kifayah bukannya fardu ain.

Apabila umat Islam kurang memahami konsep aulawiyyat... iaitu mengutamakan perkara yang lebih utama, maka, bercelarulah kehidupan dan mudahlah anasir-anasir negatif mengambil alih minda suci anak-anak Islam masa kini.

Dalam bulan Muharam tahun ini, sewajarnya kita menanam keazaman untuk melakukan yang terbaik untuk umat Islam dan melaksanakan azam itu. Hidup ini bukanlah semata-mata diri kita seorang tetapi hidup ini adalah untuk manusia lain yang ada di sekitar kita. 

SELAMAT BERTRANSFORMASI!