Monday, December 21, 2009

Lega sikit...

Alhamdulillah... Tesis telah disemak. Perlu lakukan sedikit pembetulan. InsyaAllah awal Januari akan dihantar untuk pemeriksaan. Selepas itu, tunggu peperiksaan lisan. Sekarang ni sedang sibuk berkemas, akan pindah semula ke Johor. Adila akan duduk di Gombak dengan kawan-kawan dia. Penat nak berkemas. Malas betul nak bungkus barang. Baru-baru ini bawa anak-anak berjalan-jalan ke Muzium Negara dan Zoo Negara. Walaupun dah banyak kali pergi tapi anak-anak tetap tak rasa bosan. Inilah dunia kanak-kanak....

Hari ini bawa Afi ke klinik untuk suntikan. Malangnya, ubatnya dah habis stok!!!! Apa sudah jadi? Bila dilihat dapat ISO dah klinik-klinik kerajaan kat Selangor ni tapi bajet ubat tetap lari... Well, nak salahkan mereka pun tak boleh. Bila ditanya nurse jawab yang stok ubatan habis kerana yang bersalin di hospital private datang mendapatkan suntikan di klinik kerajaan. Jadi, larilah bajet mereka. Hmmm... inilah nasib golongan marhaein bila bekalan ubat untuk anak-anak mereka telah diguna pakai oleh golongan borjuis... Takpelah... Harap kementerian kesihatan lebih tekal dan teliti bila buat bajet ubat.


Amir Muktafi... 3 bln setengah


Hidris & anak-anak di Muzium Negara


Sofea, Muntasyer & Muhtadi di Zoo Negara

Wednesday, December 02, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Salam. Rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan salam Aidil Adha. Di musim perayaan ini marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan memohon rahmat keampunanNya.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

 
 
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


J
angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Tuesday, November 24, 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Idiomatic expressions adalah gabungan kata yang membentuk ayat bagi menggambarkan sesuatu makna yang tersirat. Maknanya tiada di dalam kamus tetapi difahami oleh bangsa yang menggunakannya kerana ia berkait rapat dengan budaya bangsa tersebut.

Globalisasi dunia menjadikan masyarakat Malaysia mudah menerima budaya luar terutamanya budaya Inggeris kerana penggunaan bahasanya sebagai bahasa kedua. Apabila kita berbahasa Inggeris secara tidak langsung kita akan terdedah dengan budaya yang dibawa bersama-sama bahasa itu secara tidak disedari.

Justeru, kita terlepas pandang dengan beberapa idiomatic Inggeris yang kurang sesuai penggunaannya dalam budaya Melayu Islam kerana ia mengarah kepada agama Kristian. Contohnya, "Keep your finger crossed" yang digunakan oleh pengucap kepada pendengar untuk berfikiran positif. Apabila ditelusuri asalnya, pengucap meminta pendengar untuk meletakkan harapan kepada Tuhan dengan tanda salib.

Adakalanya kita memandang remeh hal ini tetapi bayangkanlah jika anak-anak Islam sentiasa menyebutnya dalam perbualan harian mereka sudah pasti sedikit-sebanyak ia akan mencacatkan keimanan kita secara tidak sedar.

Bukanlah tujuan saya untuk melarang bercakap Inggeris tetapi apa saja bahasa yang digunakan sudah semestinya wujud pengaruh agama dalam bahasa itu. Maka, berhati-hatilah dalam menggunakan apa bahasa sekalipun dan jadilah seorang yang sangt peka dengan bahasa.

Wednesday, November 18, 2009

Hujan Lebat!!!

Hari ini berada di Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Pulangkan buku dan menaip sedikit pembetulan tesis. Leka menaip sedar tak sedar dah pukul 1.30pm. Bangun sebentar untuk regangkan badan yang kelihatan menaip sepanjang 3 jam tanpa henti. Tiba-tiba terdengar bunyi guruh... Alamak, gelapnya langit. apalagi tutup komputer terus meluru ke kereta... oppsss... sempat gak pergi ATM... teman setiaku!


Keluar dari UKM hujan turun selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan. Pemanduan berhemah diamalkan walaupun ada juga kenderaan yang lain memecut giler laju. Pergh..! Tak sayang nyawa betul. Takut jugak memandu dalam keadaan begini. Kilat dan petir sabung-menyabung... Bergegar kepala lutut. Sepanjang jalan beristighfar.


Alhamdulilah, sampai juga kat rumah. Sebelum tu stop kejap beli susu anak-anak kangkungku. Hmmm... membesar bagai johan. Tak singgah makan pun jadi sampai rumah panaskan apa-apa yang patut... Tak elok membazir.


Sekarang ni badan rasa semacam je. Setiap hari kena hujan. Tanda-tanda nak selsema (bukan H1N1 tau..) dan demam dah kelihatan tapi kena gagahkan diri. Hidup seakan-akan ibu tunggal perlukan kekuatan. Ya Allah kurniakan aku ketabahan...Amin!

اللهم فارج الهم. كاشف الغم. مجيب الدعوة المضطرين. رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما. أنت ترحمني فارحمني. برحمة تغنيني بها عن رحمة من سواك

Sunday, November 15, 2009

Sofea's Graduation Day.

Hari ini bawa Sofea ke Dewan Kampung Pandan... konvo tadika dia. Hmmm... kecik lagi dah konvo. Tengok dia ambil sijil. Laju je jalan... biasalah macam emak dia. Bawa Aser sebagai peneman. Habis dewan dia kerjakan. Macam tak pernah jumpa kerusi, semua kerusi nak dipanjatnya. Ada seorang nenek yang duduk di belakang kami asyik terjerit kecil sebab takut si Aser jatuh kerusi. Selamat dia tak kena heart attack. Biasalah anak-anak Ustaz Hidris semuanya hyper...

Adi & Afi selamat di rumah.. tapi bila emak dia balik 3 botol bedak kosong, Adi tabur atas lantai. Hehehe pening kepala An dia. As always, emaklah tukang mop. Itulah seorang emak.. teringat pula kat arwah emak dulu agaknya macam tulah  yang arwah rasa bila anak-anak buat sepah.


Ustaz Hidris... sentiasa busy. Bila duduk seorang diri di Mersing sana apalagi sentiasa membuatkan dirinya sibuk. Pagi tadi dia escort YB ke majlis konvo Tadika Agama Johor under JAIJ. Tak apalah tak dapat hadir anak punya konvo at least dapat tengok anak orang lain terima sijil...Sabar ye bang nanti Maz cepat-cepat siapkan pembetulan tesis dan cepat balik ke Mersing dengan anak-anak...




 


TAHNIAH ANAKANDAKU!!!

Saturday, November 14, 2009


Salam...

Kedua-dua mata amat berat sekali namun idea terlampau mampat minta dilakarkan dalam tesis. Take 5 sebentar...

Esok akan menemani Sofea ke Majlis Ikhtifal tadikanya. Dibuat di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan. Penat berpusing petang tadi mencari lokasi. Orang kampung masuk bandar begitulah... tercari-cari alhamdulilah jumpa.

Mungkin bawa Aser sahaja. Adi & Afi akan dijaga oleh Dila kat rumah...Hahaha... kena jadi bibik kejap adik sorang tu.

Baju dah diletakkan meja tinggal nak diseterika... Hmmm mengapalah seterika tu tidak boleh bergerak sendiri kan seronok kalau boleh... ?!!!1

Gambar ni diambil ketika hari keluarga Bahagian Pendidikan JAIJ di Selesa Resort Port Dickson. Hidris yang bawa mereka bertiga pusing resort...emaknya? Apa lagi kat bilik je la melayan Afi.

Semoga esok cuaca baik...Amin!

Friday, November 13, 2009

Bertemu semula...

Salam...

Dah lama blog ini tidak dikemaskini... saya terlupa yang saya ada blog! Betapa sibuknya hidup saya selama 4 tahun ini. Sekarang, keluarga saya semakin besar, saya telah mempunyai 4 orang anak. Terkini baru berusia 2 bulan setengah.

Saya bercuti belajar selama dua tahun ambil sarjana dan kini di akhir pengajian. Penat lelah hendak menyiapkan tesis yang perlu dihantar di penghujung bulan Disember. Suami saya sibuk di Mersing manakala saya dan anak-anak tinggal di Ampang, Kuala Lumpur sehingga penghujung tahun. Selepas ini kami akan balik ke Johor semula.