Wednesday, April 11, 2012

Naik cuti bersalin macam-macam hal yang perlu diuruskan. Alhamdulillah, keputusan Pendidikan Islam (SPM) 2011 sekolah saya boleh dibanggakan. Tahniah kepada anak-anak ting 5 batch 2011. Semoga dapat meneruskan pembelajaran atau hidup kalian dengan baik.

Minggu ini agak sibuk. Perlu menyiapkan pelbagai tugasan. Sukarnya bila tugasan berkaitan dengan internet sebab setiap kali ada masa untuk key in laman tersebut dalam penyelenggaraan. Aduh! Pening kepala.

Solehah dah nak masuk 4 bulan. Semalam dia demam. Agaknya nak dapat sesuatu yang baru. Apa pun harap dia cepat sembuh. Pagi ni nak ajak suami n anak-anak tengok buaya. Khabarnya ada buaya sesat di Teluk Buih. Nak tahu juga kebenaran cerita ni. Minggu lepas gempa bumi di kawasan laut Mersing. 3.2 skala richter. Selamat tak berapa kuat. Klu tak tsunamilah kami di sini.

Kerajaan telah mengumumkan untuk menjadikan Mersing sebuah laguna. Ada murid-murid saya yang bertanya tentang implikasinya terhadap akhlak remaja. Saya sekadar tersenyum. Faham-faham sajalah. Setiap projek pasti ada baik dan buruknya. Sebagai manusia yang beriman apa yang dilaksanakan hendaklah mengikut batasan syara', insyaAllah selamat dunia akhirat. Anyhow, harga tanah dah mula naik. Hmm... kena cepat beli klu tak takde tempat tinggal nanti. Bila berjalan ke warung-warung kecil di tepi pantai terdengar keluhan warga emas... satu hari nanti generasi muda tak akan kenal barai, gonggong, ikan sebelah, kerang bulu, ketam bangkang, dan sebagainya kerana kawasan berdekatan pulau ditambak sepenuhnya. Saya sempat menyampuk. Tak mengapa, itulah harga sebuah kemajuan.

No comments:

Post a Comment