Friday, January 06, 2012

Ahli Baru Keluargaku.

Salam buat semua.

Sedar tak sedar dah masuk 2012. Saya masih belum memulakan tugas kerana masih bercuti... cuti apa?!! Cuti bersalin daaa...


Ahlan wa sahlan kepada anakanda saya yang baru dilahirkan pada 15 Disember 2011. Seorang puteri, Amira Solehah. Alhamdulillah, kakaknya dapat juga geng sejantina. Jadi, saya kini sudah mempunyai 5 orang anak. 2 puteri dan 3 putera. Gambarnya masih belum dapat di'upload' lagi. Hmmm... masalah teknikal. Bila dah diperbaiki baru akan diletakkan gambar yang terbaru.

Tahun ini banyak perkara baru yang berlaku pada keluarga saya. Kami akan berpindah ke rumah yang lebih besar tapi masih disewa. Hmmm... bilalah nak merasa duduk di rumah sendiri. Beginilah jika suami kerja berpindah-randah. Masih di Mersing cuma dari Kg Makam ke Kg Sawah Dato. Seterusnya, suami saya mengambil seorang pembantu untuk menjaga anak-anak di rumah. Orang Malaysia dari Felda Endau. Masih muda 20 tahun. Banyak perkara yang perlu diajari kepadanya sewaktu saya bercuti ni. Saya pula perlu membiasakan diri. Almaklumlah selama ini saya buat semua. Jadi bila ada pembantu saya rasa sangat kekok.
Suami pula makin jarang berada di rumah, pertama kerana kerjanya dan kedua dia akan memulakan pembelajarannya di peringkat PhD Februari ini, InsyaAllah. Saya mendoakan semoga dia berjaya mengharungi setiap cabaran yang bakal dilalui. Saya? Nantilah dulu. Bila suami dah nak habis PhDnya baru saya akan buat PhD saya pula. Hmm.. anak lelaki saya, Amir Muntasyer sudah memulakan pembelajarannya di Tahun Satu. Satu sekolah dengan kakaknya, Amira Sofea. Kecoh betul. Apa taknya susah nak bangun pagi. Pagi tadi berhempas-pulas nak kejutkan dia untuk ke sekolah. Semalam dah menangis di sekolah sebab terjatuh kat tempat wudhuk. Manja betul anak bujang yang sorang ni. Amir Muhtadi baru masuk tadika. Kami daftarkan ke Pasti pada waktu pagi dan petang pula di Tadika Agama Johor. Mungkin nampak penat tetapi dapat memberikan dirinya pengalaman berkawan dan bermain. Dia ni paling senang bangun pagi. Tak payah kejut. Bila dengan saja saya masak sarapan di dapur confirm dia akan bangun dan terus nak makan. Lain perangai sikit...makan kuat tapi badan cekeding. Hehehe.

Itulah serba sedikit yang berlaku di awal 2012. Semoga Allah Taala menganugerahkan kepada saya dan keluarga saya rahmat dan inayahNya yang tak terhingga, tak lupa juga kekuatan kepada kami untuk mengharungi apa jua cabaran pada tahun ini.

Stay in touch....

No comments:

Post a Comment