Monday, December 21, 2009

Lega sikit...

Alhamdulillah... Tesis telah disemak. Perlu lakukan sedikit pembetulan. InsyaAllah awal Januari akan dihantar untuk pemeriksaan. Selepas itu, tunggu peperiksaan lisan. Sekarang ni sedang sibuk berkemas, akan pindah semula ke Johor. Adila akan duduk di Gombak dengan kawan-kawan dia. Penat nak berkemas. Malas betul nak bungkus barang. Baru-baru ini bawa anak-anak berjalan-jalan ke Muzium Negara dan Zoo Negara. Walaupun dah banyak kali pergi tapi anak-anak tetap tak rasa bosan. Inilah dunia kanak-kanak....

Hari ini bawa Afi ke klinik untuk suntikan. Malangnya, ubatnya dah habis stok!!!! Apa sudah jadi? Bila dilihat dapat ISO dah klinik-klinik kerajaan kat Selangor ni tapi bajet ubat tetap lari... Well, nak salahkan mereka pun tak boleh. Bila ditanya nurse jawab yang stok ubatan habis kerana yang bersalin di hospital private datang mendapatkan suntikan di klinik kerajaan. Jadi, larilah bajet mereka. Hmmm... inilah nasib golongan marhaein bila bekalan ubat untuk anak-anak mereka telah diguna pakai oleh golongan borjuis... Takpelah... Harap kementerian kesihatan lebih tekal dan teliti bila buat bajet ubat.


Amir Muktafi... 3 bln setengah


Hidris & anak-anak di Muzium Negara


Sofea, Muntasyer & Muhtadi di Zoo Negara

No comments:

Post a Comment