Wednesday, February 02, 2011

Menerima dengan Redha.

Kucar-kacirnya situasi politik di Mesir memberikan saya rasa kegusaran lantaran usia dunia ini semakin hari semakin pendek. Timbul pelbagai persoalan di benak, adakah aku telah beramal dengan secukupnya? Bagaimana dengan tanggungjawabku? Masihkah aku berhutang? dan pelbagai lagi. Namun, apa yang pasti Allah Maha Pengasih. Setiap musibah yang melanda adalah satu ingatan kasih daripadaNya agar kita sentiasa ingat dan kembali semula kepadaNya.

Nama Abu Tufail Ubay bin Ka'ab bin Qis bin 'Ubaid al-Anshari al-Khazraji menjadi ilham untuk aku mencoretkan kata hari ini. Beliau seorang insan hebat. Digelar pemimpin para pembaca al-Quran (Sayyid al-Qurra'). Kebanyakan waktu hidupnya dihabiskan dengan berfikir dan berinteraksi dengan alam. Beliau insan soleh dan bertakwa.

Pernah beliau bertanyakan kepada Rasulullah SAW akan penyakit yang menimpa seseorang. Lalu Rasulullah SAW bersabda "Ia adalah kaffarah (penghapusan ) dosa seseorang itu". Mendengar penjelasan itu, Abu Tufail telah memohon daripada Allah Taala agar dia diberi penyakit supaya terhapus dosa-dosanya. Permohonan beliau dimakbulkan. Beliau demam berpanjangan sehingga ke akhir hidupnya.

Justeru, kita seharusnya sentiasa redha dan bermuhasabah diri dengan  apa yang ditimpakan kepada kita sama ada kesakitan, peperangan, bencana alam dan sebagainya. Anggaplah ia sebagai ingatan dan penghapusan dosa kita di dunia. Janganlah kita mencerca kesakitan kerana ianya datang dari Tuhan. Hendaklah kita kembali mengingati Allah, melakukan setiap suruhan dan menjauhi setiap laranganNya. Semoga Allah mengampunkan kita. AMIN!!!

Tuesday, January 04, 2011

Keberkatan Allah Sentiasa Bersama Kalian!

Salam 2011.

4 hari telah berlalu. Adakah anda masih tiada azam? Jika tiada fikirkanlah satu, azam baru atau azam tahun lepas yang masih tidak terlaksana. Bagi saya azam pada tahun ini  "sentiasa mengikhlaskan diri dalam mendidik anak-anak generasi akan datang". Azam ini sentiasa saya ulangi dari tahun ke tahun sementelaah diri ini terasa masih kurang sempurna.

Sepatutnya saya dah masuk kerja pada 3 Januari lalu tetapi saya dapat cuti sakit selama 14 hari ekoran pembedahan yang telah saya lalui. Luka pembedahan masih dalam proses penyembuhan. Adakalanya terasa ngilu, adakalanya ok. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sekarang, saya cuma hendak melihat kesan pembedahan dan melaporkan kepada doktor saya apabila tiba time appointment nanti.

Anak-anak yang bakal saya ajari, well, siapkan diri anda dan maafkan cikgu sebab lambat 2 minggu. SELAMAT TAHUN BARU DAN CHAIYOK!

Monday, December 20, 2010

Hujan Lebat.

Salam...

Hujan turun dengan lebat malam ini. Semalam hujan juga, gusar juga hati jika banjir (payah nak ke JB gi spital). Alhamdulillah, siang tadi panas, dapat juga baju dan toto kering. Almaklumlah, musim hujan... anak-anak pun hujan dalam rumah. Petang tadi Hidris, my beloved husband, telah ke Tanjung Balar, Desaru, menghadiri kursus selama seminggu. Duduk bilik seorang diri. Baru-baru ini diajak saya dan anak-anak pergi bersama-sama tapi saya hendak berada di rumah. Hendak berehat sebelum menjalani pembedahan.

Sebut mengenai pembedahan.. ngeri rasanya. 6 hari lagi akan berada di HSA. 22 Disember ini akan ke HSA untuk hadir temujanji dengan pakar ENT. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin!

Hari ini ke sekolah. Awalnya hendak mengambil surat jaminan sahaja tetapi apabila GPK Pentadbiran ada saya ambil peluang untuk memaklumkan akan ketiadaan saya dalam mesyuarat profesional akan datang dan seminggu selepas sekolah dibuka. Saya dimaklumkan lebih awal tentang kerja saya pada tahun depan... Guru Kelas 5PD, Ketua Pemimpin PPIM, Ketua Panitia Pendidikan Islam, AJK Majalah, Penasihat Persatuan Pendidikan Islam .. rasanya tu saja. Oh, saya akan mengajar 4 kelas tingkatan lima dan 1 kelas tingkatan 4. Hmm... ini kena persediaan awal agar tidak terkejut dengan reaksi pelajar. Ya Allah! Kuatkanlah hambaMu ini. Saya sempat bertemu dengan pengetua baru. Pn Hajah Ruzita. Selamat datang ke SMKAB! Semoga anda dapat memimpin kami dengan baik.

22 Disember 2010. Ulangtahun perkahwinan saya yang kesembilan. Doa saya agar kehidupan kami diberkati dan dirahmati Allah serta berkekalan. Ya Allah! Jadikanlah aku seorang isteri yang solehah.

Tuesday, November 16, 2010

Akhir Minggu Persekolahan

Berbaki 3 hari lagi sebelum musim persekolahan 2010 melabuhkan tirainya. Tujuh bulan mengajar pada tahun ini, selepas di'posting'kan semula, banyak memberikan pengalaman baru yang tidak pernah diperolehi ketika mengajar di SIGS, JB. Dua budaya yang berbeza, jenis pelajar yang berbeza, persekitaran yang berbeza dan rakan-rakan staf yang berbeza sememangnya membuatkan diri ini mengeluh pada awalnya namun, mula menyedari yang masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Masakan tidak, dari SIGS (sekolah premier dan kemasukan pelajarnya dari 5A UPSR) ke SMKAB (pelajar bukan terpilih) adalah cabaran besar yang perlu diharungi. Terdetik dalam hati saya, inilah generasi yang perlu diberikan tumpuan. Apabila pelajar ini berjaya, ia memberikan impak yang tidak dapat dilupakan. Terharu kerana dari sifar kepada sesuatu yang bernilai. Benar kata rakan staf di sini, SMKAB menunjukkan guru mana yang benar-benar seorang guru.

Hari ini dan esok banyak sekolah yang bercuti. Sambutan Aidil Adha. Kebanyakan sekolah di Mersing tidak dibenarkan meneruskan cuti sehingga akhir persekolahan kerana pelbagai perkara yang perlu diselesaikan sebelum cuti sekolah. Di kesempatan ini, saya mengucapkan KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR.

Cuti persekolahan kali ini tidak merancang pelbagai perkara. Perlu jaga SPM... letihnya rasa... Sejak mula menjadi guru hingga sekarang setiap tahun dilantik. Adakalanya iri hati juga apabila adik-adik junior dengan mudah menolak tugas tersebut kerana hendak balik kampung. Ahhh! Saya pun ada kampung juga! Tapi banyak kali mengingatkan diri... guru perlu berkorban.... Alhamdulillah saya punya suami yang amat memahami.

Sofea, anak sulung saya banyak kali meminta saya membelikan basikal. Ingat, hendak masukkan dia dalam kelas taekwondo ke?! Tapi tengoklah macam mana.

Akhir kata, selamat bercuti... dan bagi yang bertugas sepanjang cuti... kuatkan semangat anda!